CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 21, 2012

21.12.2012

assalamualaikum..
hai korang..how's life??ok??
hopefully everything is under control lah..
20.12.2012
tarikh yg bermakna wat aq..
dgn tarikh ini,,bermakna genap 7bulan aq bersama dengan mr.sweety..
hieew..banyak yg kiterorg lalui..
setahun jagung pn tak sampai hubungan kiteorg nih..haha
tp aku gembira dengan dye..
gado sikit2 tue adatlahh..
dh namenye hubungan kn??
dia tempat aq mengadu..tempat aq lepaskan kemarahan aq..
tempat aq menagis..tempat aq luahkan segalanya..
aq sayang sangat kat kau..
tapi
masih terlalu awal untuk kita berfikir perkara itu..
masih banyak yg aq perlu belajar..
masih byk lagi perkara yang aq perlu perbaiki..
mama pulak..terus2 mendesak..huh..
pening jugak kepala aq..haha..
masih terlalu awal..aq xnk kau rase menyesal jeq satu hari nnt..k sayang..
ade jodoh..tak kemana kn??
ok..sampai sini entry aq kali ni..ade mase kita jumpa lagi..
bye!XoXo asha :)(:



       

Wednesday, December 5, 2012

eXcident..



HOLAAA..
peace yaw..haha..aq de cerita nie..korg nk tau ape tak..
cube tgk tittle mcm gempak kan..EXCIDENT KN..??
tp bkn aq yg excident pown..
adik lelaki aq dgn bff dye..
bile dapat call..
terkejot gler aq..aq cter gan mak bpk aq..mula lah dyeorg pnye kelam kabot..
huh..selamat mse kejadian my mr.sweety ade rumah..
dye yg bwk kteorg g klinik..
smpai klinik..adq aq gan kwn dye dh kt dlm lah..
ble aq masok..
aq pnye lah terkejot tgk DYEORG..BUKAN MAEN BYK LG LUKA..huh..
naik pitam aq tgk darah..
hieew..huh..kalau aq dapat kereta yg himpit dyeorg tue..
aq langgar jeq kete dye..
ape2 pon..adq aq gan kwn dye selamat..alhamdulilah!
skrg dyeorg dudok jeqlah rumah..
keje xdapat.ape.
maen snuker xbole..
jamming pown xbole..hahaha
semoga korg cepat sembuh ye..
sementare korg sakit nh..dapat lah korg nk manje2 gan aq n mama..lau tak..memang TAK LAH! hahah
pesanan untuk pemandu n penunggang dijalan raye..
sila lah berhati2 ketika mengunakan jalan raya :))


DiseBaLik










Monday, November 26, 2012

mr.sweety






ALooohaaaa..
seperti yg di jnji kan..aku nk kenalakan budak yg ade dalam gambar 
kt atsa ni dgn lebih terperinci lagi..hihi..
nama:Mohd.Sharizal Bin Khosni
age: twenty-eight years old (xnmpk tua an)hahaha
asal: Kluang (skrg tgl kat masai)
worked as technician at POWEREC TECH.
knape aq pilih dia nh jd CHENTA HATI aku..??
sbb dye
baik.
penyayang..
mse ngurat aq..xpernah nk putus asa..(wlupn aq curang)
pandai jage aku..
pandai wat aq ketawe..seriusly dia seorang yg Funny..
wlupn nmpk mcm kebudak2kan..
sumtime dye sgt matang..
depends with situation lah..
being relati0n with him almost 6 month..
21.05.2012 tarikh yg bermakna bg aq..
hadiah pertame dye bg aq ialah TEADYBEAR..
kali pertame date..pg tgk movie cte KAU ADA,??AKU ADA
aku bersyukur sbb Allah buka kn pintu hati aq untuk terima dye,,,now aq bahagia..sgt bahagia.. 
thats all tentang dye..hahaha...



Saturday, November 17, 2012

myBIGfamily






assalamualaikum..
yahoo..lme dh aq xupdate blog ni kan..hahaha..busy cket laaa..
tue yang tak sempat tue..hahaha..kali nh aq nk update pasal 
gambar yang kt atas tue...
tue keluarga aq yg tersayang..
dari kiri atas ayah aq ( EN.LATIF B.NGALIMAN)..
then mak aq yg tersayang (PN.SALMIAH BT ATAN)
tiga orangyg pakai tudung tue adik2 aq..
yg tinggi skali tue adik aq no 2 (nur shafidah bt latif)
yang gmok pendek tue adik aq no 4(nur suhada bt latif) 
yg keding skali tue 
adiq aq no 5(nur shakila bt latif)
yg tgh duduk pegang tab tue adik aq yg last..
name dye sharizan b.latif..
dan yg sebelah aq tue adik aq no 3..name dye 
shafik b latif..hihi..nme dye pn dkt2 gan nme aq..hhahaha..
last skali..yang botak tue..pakngah aq..dye memang rapat gn fmly aq..hihihi..





eeehhh lupe pulokk..ade lagi sorang..yg aq blm knl kn dalam blog aq nh..
nie lah MR.SWEETY aq..hihi..
name dye MOHD.SHARIZAL BIN KHOSNI..
nk tau cte pasal dye lbh byk lg??
tgu entry aq yg akan datang ea..hihi..

Wednesday, November 14, 2012

LEARN FROM THE PAST,,LIVE IN THE PRESENT,,BELIEVE IN THE FUTURE,


Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Jadikan hari ini lebih bermakna kerana masa depan dibina pada hari ini! 1 minit dikau bersedih membuatkan dirimu terbazir sebanyak 60 saat waktu untuk berpeluang rasa gembira dan bahagia.

Janganlah terus terperangkap dalam dimensi masa lalu, ia hanya tempat untuk dilawati sekali sekala TETAPI bukan untuk didiami. 

Friday, September 14, 2012

kebahagiann..







Kebahagiaan bukan dicari, kerana Bahagia tiada punya tempat atau alamat..
..tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya..Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah padaNYA.
Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hnya untuk kepuasan diri, tetapi untuk
 mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini.

Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa, kerana dengan masalah kita matang menyelesaikannya, dengan ujian kita tabah hadapinya. Hidup ini tak lama jangan bazirkan dengan air mata. Seminit kita bersedih kita dah bazirkan 60 saat untuk rasa bahagia! (^_^)

❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa, kerana dengan masalah kita matang menyelesaikannya, dengan ujian kita tabah hadapinya. Hidup ini tak lama jangan bazirkan dengan air mata. Seminit kita bersedih kita dah bazirkan 60 saat untuk rasa bahagia! (^_^)
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Monday, March 19, 2012

My bestie







Lau kau bce blog nh..maaf kawan,,bukan aq xnk kwn gan kau lg.tp love kau melarang aq berkawan gan kau..smoge kamoo berdua sentiasa berbahagia hendaknye...aminnn.. :)))

Friday, March 9, 2012

sesuatu..

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini,
mungkin tidak pernah juga belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua.

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
KECEWA, berusaha lagi.
Sehingga lah kita smpai ke penghujung nya...

Wednesday, February 15, 2012

:))





kenapa menunggu ??


Mengapa menunggu?
Kerana walaupun kita ingin mengambil satu keputusan,
kita tidak ingin tergesa-gesa. Walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembarangan.


Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Pada akhirnya,
lebih baik kamu memilih hidup bersama dengan orang yang mencintai dirimu dari menunggu orang yang kamu cintai.Itu lebih membawa bahagia!

Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dri hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.
Menunggu cinta datang memang sesuatu yang perit dan amat memerlukan masa, kerna ia tidak boleh dipaksa.Cinta yang agung akan terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, dan selama itu pula penantian kita tidaklah sia-sia.
Ruang hati ini untuk yang HALAL dimiliki.. Namun sekiranya yang hadir itu sekadar persinggahan menghilangkan sunyi, Mohon maaf kerana tiada tempatmu di sini, kerana kamu akhirnya akan berlalu pergi…

P/S :  “If you leave without a reason, Don’t come back with an excuse”

Friday, February 3, 2012

kerna dia juga MANUSIA :))

Setiap orang
Akan ada sesuatu yang dia simpan
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan ..

Siapa pun dia
Segembira mana pun dia
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum
Pasti pernah ada perkara-perkara yang membuat dia terluka
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis
Pasti ada
Kerana dia juga manusia ..

Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa
Hanya kamu yang merana
Dan hanya kamu yang mengerti
Kamu silap, malah telah salah ..

Ada orang lain yang pernah melaluinya
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasa
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui ..

Ada ..
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu
Kamu yang tak pernah lihat
Jangan selalu menganggap
Bahawa kamulah yang paling susah
paling teruk diuji
Paling berat diduga ..

Ada ..
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya ..

Sudahlah, kesat air matamu ..
Walau serumit mana situasi kamu
Pujuk hatimu ..
Yakinlah bahwa DIA ada , dan akan selalu ada ..
Bila kamu menyandar harapan padaNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu ..