CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 3, 2012

kerna dia juga MANUSIA :))

Setiap orang
Akan ada sesuatu yang dia simpan
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan ..

Siapa pun dia
Segembira mana pun dia
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum
Pasti pernah ada perkara-perkara yang membuat dia terluka
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis
Pasti ada
Kerana dia juga manusia ..

Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa
Hanya kamu yang merana
Dan hanya kamu yang mengerti
Kamu silap, malah telah salah ..

Ada orang lain yang pernah melaluinya
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasa
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui ..

Ada ..
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu
Kamu yang tak pernah lihat
Jangan selalu menganggap
Bahawa kamulah yang paling susah
paling teruk diuji
Paling berat diduga ..

Ada ..
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya ..

Sudahlah, kesat air matamu ..
Walau serumit mana situasi kamu
Pujuk hatimu ..
Yakinlah bahwa DIA ada , dan akan selalu ada ..
Bila kamu menyandar harapan padaNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu ..

No comments:

Post a Comment